Wednesday, November 7, 2012

kopi atau fresh orange.

Bismillah... im almost 25. semakin jauh perjalanan di muka bumi Allah...semakin banyak rintangan yang Allah letakkan. bila dah semakin meningkat usia ...makin banyak perkara untuk difikirkan. makin banyak keputusan yang perlu dibuat. kalau waktu kanak-kanak, kita boleh bermain, belajar, bila sudah dewasa dan bekerja,tanggungjawab terhadap diri dan orang sekeliling semakin bertambah. tanggungjawab sebagai anak,sebagai guru,pekerja,isteri, dan yang paling penting tanggungjawab terhadap Allah. apabila dah dewasa, kita selalu disibukkan dengan urusan dunia..sampai kadang-kadang terasa sangat sedikit masa yang disibukkan untuk Allah, untuk agama Allah :( astaghfirullahalazim... :(  dosa menggunung, tapi masih sibuk dengan dunia... takut... jadi, Allah sediakan rintangan dan ujian. ada hikmahnya. pasti. dan rintangan dan ujian itu tidak lain supaya kita muhasabah balik diri kita. ingat balik dosa yang kita pernah lakukan.mungkin ini kafarah kepada dosa-dosa yang lalu. fikir positive.always bersangka baik kepada Allah. syukur, Allah pasti akan tambah nikmat. syukur bila Allah bagi ujian. sebab Allah nak bawa kita balik kepadaNya. kembali ke jalanNya. back on Allah's track. saya bukanlah seorang ustazah atau seorang alim. tapi saya hamba Allah..yang sentiasa ingin memperbaiki diri. yang ingin dekat dengan Allah..tidak mahu dan takut jika jauh dari rahmatNya...sebab jika hidup tapa rahmat Allah..pasti TIDAK TENANG. pasti! semoga diri ini,keluarga dan orang sekeliling sentiasa dalam pemeliharaan Allah...sepaya walau setiap detik pun Allah bersama kita.  semoga hidayah yang deberi sentiasa kekal dan tidak ditarik balik. there are times when the world is unfair. we meet with wrong people. people who lie. people who taking us for granted. people who talk bad behind our back. tapi yakin lah. yakin dan senyum. senyum walaupun pelbagai masalah menimpa. sebab semua orang ada ujiannya. cuma kita tidak tahu.

Dear me, banyakkan istighfar,solat taubat, semoga allah sentiasa bantu kita. ingat Allah ketika susah dan senang.supaya bila kita susah Allah tolong kita. ingat lagi. time belajar, kadang-kadang ade kejadian xdiduga, tgh rush nak pergi kelas,tiba-tiba kunci moto tak boleh bukak, moto pancit, innalillah...cuak.. tapi baca

1. “Hasbunallahu wa ni`mal Wakil’: حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
Allah (Alone) is Sufficient for us, and He is the Best Disposer of affairs (for us).”
 آل عمران‎ : Surah Al ‘Imran (3:173)

2. La ilaha illa anta, Subhanaka, Inni kuntu minaz-zalimin
 (There is none worthy of Worship besides You, You are far exalted and above all weaknesses, Surely, I’ am from among the wrongdoers)

maassalamah
-faz-

No comments:

Post a Comment